Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatar Belakang dan Objektif

​Latar Belakang Penubuhan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah badan bebas yang ditubuhkan pada 1hb Januari, 1962, menurut Bab 71(1) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959.


Visi
Adil dan Saksama dalam Pertimbangan Demi Kecemerlangan Perkhidmatan. 


Misi
Membekalkan tenaga kerja perkhidmatan awam yang berkualiti, berpengetahuan dan berkelayakan mengikut keperluan negara dengan cara yang cekap, berkesan dan pertimbangan yang saksama. 
 
 
Bidang Kuasa
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah berperanan untuk menyembahkan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan lantikan, pertukaran, kenaikan pangkat, pemecatan dan mengenakan hukuman tatatertib ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang di bawah bidang kuasanya, menurut perintah-perintah am, peraturan-peraturan dan surat-surat keliling kerajaan.
 
 
Lantikan Badan SPA
Pengerusi; Timbalan Pengerusi; 7 orang Ahli dan seorang Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam adalah dilantik atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
 
 
Objektif
Untuk membekalkan dan memastikan supaya perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam mempunyai pegawai dan kakitangan menurut keperluan kemajuan negara dengan cara yang cekap, berkesan dan pertimbangan yang saksama.