Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
04.03.2021 | Majlis Khatam Al-Quran Bagi Bulan Februari Sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37 Dan Penyampaian Cenderahati Kepada Mantan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Oleh: Unit Perhubungan Awam | Photo:  Dy. Siti Norazidah Binti Md. Said

1 pic.JPG  2 pic.JPG

Sebagai salah satu usaha pembangunan kerohanian dikalangan warga Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk membudayakan cinta Al-Quran, inisiatif Khatam Al-Quran bulanan telah diadakan mulai bulan Februari 2021 dengan pembahagian bacaan Al-Quran kepada kesemua pegawai-pegawai dan kakitangan.

Satu Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan bersempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37 di Tingkat 4, Wing B, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Mantan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Dayang Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar.

Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pegawai- Pegawai Tugas-Tugas Khas, Pegawai-Pegawai Kanan dan pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat SPA. 

TSUT 1.jfif

Penyampaian cenderahati kepada Mantan Setiausaha SPA telah disampaikan oleh Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar Bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai tanda penghargaan selama beliau berkhidmat di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 

2 (1).jpg   1 (1).jpg

Attachments