BENGKEL PROGRAM WAH KALI KE-4 PEJABAT SPA
Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim | Photo: Hayrul Erywan bin Hj Abd Wahab

Khamis, 30 Januari, Pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam di bawah Jabatan Perdana Menteri hari ni telah mengendalikan
program Workplace and Health (WAH!) bertempat di tingkat 2, Dewan Ujian
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Adapun program ini adalah merupakan
salah satu komponen Public Partnership (PPP) di antara
Kementerian Kesihatan dan Gleneagles JPMC Sendirian Berhad.

Program WAH juga
adalah program kolaborasi Private Public Partnership (PPP) diantara Pusat
Promosi Kesihatan, Kementerian Kesiahtan dan Gleneagles JPMC bagi menggalakkan
tempat kerja untuk menyediakan persekitaran dan tindakan yang menyokong pekerja
untuk menjadi lebih aktif, mengamalkan pemakanan sihat, bebas dari rokok dan
mempunyai kesejahteraan mental yang baik. Ia turut bertujuan untuk
mengukuhkan program gaya hidup sihat di tempat kerja, iaitu "Workplace
Health Promotion Programme (WHPP)" di semua Kementerian menjelang
akhir tahun 2021.
Manfaat yang akan
diperolehi dari Program WAH ini adalah pertama, bagi meningkatkan dan
memperluaskan lagi pengetahuan dan kecekapan mengenai gaya hidup sihat
khususnya di tempat kerja; dan juga mempromosi kegiatan fizikal untuk
mengekalkan berat badan yang sihat dan menyumbang kepada kesejahteraan yang
positif.

Program WAH ini merangkumi
beberapa komponen seperti sesi pemeriksaan dan pemantauan kesihatan fizikal,
khususnya bagi pemantauan tekanan darah dan Indeks Jisim Badan (Body Mass
Index); Sesi pendidikan kesihatan melalui beberapa buah bengkel mengenai
risiko penyakit tidak berjangkit termasuk penyakit jantung, amalan pemakanan
sihat, asas senaman dan kegiatan fizikal, bahaya merokok dan langkah-langkah
berhenti merokok serta langkah-langkah menangani stres; dan Sesi senaman
berkumpulan selepas waktu bekerja secara percuma setiap minggu yang diketuai
oleh studio kecergasan.
Bengkel
tersebut dimulakan dengan pendaftaran bagi Pegawai dan Kakitangan Pejabat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang turut serta di dalam bengkel berkenaan dan
diteruskan lagi dengan pemeriksaan asas kesihatan seperti pemantauan
tekanan darah dan Indeks Jisim Badan (Body Mass Index).

Di
samping itu, bengkel ini juga menganjurkan taklimat yang disampaikan oleh Yang
Mulia Dr. Muhammad Nirwan bin Muhammad Nasir, Simvolus Consultacy. Antara
tajuk taklimat yang beliau smpaikan ialah Cardiovascular risk factor; Basics
of nutrition and healthy eating; Basics of exercise and healthy living dan
terakhir, Is stress is bad for you?.
Bengkel kemudiannya
disudahi dengan sambungan pemeriksaan asas kesihatan sehingga selesai.