Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
21.02.18 - Klinik PSC Recruitment Disambut Baik

KLINIK PSC RECRUITMENT DISAMBUT BAIK

Oleh : Wardah Binti Hj Ibrahim / Photo : Hayrul Erywan bin Hj Abd Wahab

Rabu, 21 Februari — Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menjalankan Klinik Psc Recruitment selama 3 hari berturut-turut bertempat di Tingkat 2, Dewan Ujian Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

03.JPG

Klinik Psc Recruitment yang dikendalikan oleh Bahagian Pengambilan (BPL) dan diadakan selama 3 hari berturut-turut itu telah berjaya menarik perhatian dan disambut dengan baik oleh orang awam.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah Kaunter pendaftaran dan pengaktifan akaun E-Darussalam, perkhidmatan Scanning dan Uploading Document untuk dimuat naik ke dalam Server dan lain-lain.

Sepanjang klinik tersebut berlangsung, borang kaji selidik juga turut diisikan oleh mereka yang hadir dan ia dikendalikan oleh Unit-unit di bawah Bahagian Pengarahan bagi mengumpulkan data-data para pengguna Psc Recuitment di samping untuk mengetahui pendapat ataupun cadangan mereka bagi menaiktaraf dan menambahbaik sistem yang sedia ada bagi kemudahan orang ramai.

KlinikPSCR02.pngKlinikPSCR01.png

Attachments