Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
17.12.17 - Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-24 Tahun 2017

RIADAH AMAL HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE 24 BAGI TAHUN 2017

Ahad, 17 Disember — Orang ramai hari ini telah sama-sama berkumpul dan memeriahkan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-24 bagi Tahun 2017, bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien bagi menyertai Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam (HPA) 2017 dalam aktiviti amal larian dan berbasikal.

Riadah Amal Hari Perkhidmatan Awam (HPA) 2017 ini adalah merupakan anjuran bersama Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Jabatan Belia dan Sukan untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan aktif.

Walaupun keadaan cuaca agak mendung dan sedikit hujan, ia tidak menghalang Acara Riadah Amal tersebut daripada diteruskan, bahkan ia segera dimulakan sekitar jam 6.15 pagi dengan sesi pemanasan badan.

21ws.jpg

Acara di dalam Riadah Amal berkenaan dibukakan kepada semua warga perkhidmatan awam serta orang-orang awam iaitu  acara larian sejauh empat (4) kilometer (Fun Run) dan berbasikal sejauh sepuluh (10) kilometer yang bermula dari Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien menyusuri jalan-jalan utama di ibu negara dan kembali ke Taman Haji Sir Muda Omar' Ali Saifuddien.

Antara yang hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Haji Mohd. Isham bin Jaafar.

20.JPG22.jpg

Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut melepaskan Aktiviti Berbasikal Sejauh 10 Kilometer yang turut disertai oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan seterusnya melepaskan Aktiviti Berjalan (Walkaton) Sejauh 4 Kilometer.

Turut hadir, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud; Pemangku Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Haji Aziz bin Haji Mohd. Tamit; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan serta para pegawai dan kakitangan warga Perkhidmatan Awam.

Riadah Amal turut diserikan  dengan pelbagai aktiviti termasuk mewarna yang dibukakan kepada kanak-kanak di samping beberapa kotak-kotak derma amal bagi para pengunjung menghulurkan derma.

18.JPG

Attachments