PEJABAT SPA TURUT MEWARNAI MAJLIS ISTIADAT PERARAKAN DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS
Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim
Khamis, 5 Oktober — Pejabat
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hari ini telah turut sama-sama hadir bagi
memeriahkan lagi Majlis Istiadat Perarakan mengelilingi Bandar Seri Begawan
bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
Dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat Majlis Istiadat Perarakan Diraja Sempena Sambutan Jubli Emas
Seramai lebih kurang 25
orang pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga mereka telah hadir pada Majlis
Istiadat Perarakan tersebut.
Sebahagian rombongan
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada awalnya telah berkumpul di kawasan
Kompleks Jabatan Perdana Menteri sebelum menuju ke tempat khas, manakala sebahagiannya
pula menunggu terus di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Seri Begawan.
Pegawai dan kakitangan
yang terlibat di dalam majlis berkenaan merasa teruja dan gembira kerana telah
berkesempatan hadir bagi menyaksikan detik yang penuh gemilang dan bersejarah
ini.
Mereka juga sangat
bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memanjangkan usia Baginda Sultan
dan di atas tampuk pemerintahannya, Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemasyhuran
di arena dunia dan antarabangsa.
Pejabat Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam dengan ini juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil
kesempatan menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kehadapan majlis Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam sempena Sambutan Jubli Emas Baginda Sultan Menaiki Takhta.

