Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
23.08.17 - Taklimat POC KE 4

TAKLIMAT PEMBERIGAAN BAGI POC – Kali Keempat

Oleh: Wardah binti Haji Ibrahim


Rabu, 23 Ogos – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Pengambilan hari ini telah mengadakan Taklimat Pemberigaan PoC di Dewan Ujian, Tingkat II, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis telah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

gambar 1.jpg

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia, Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji dan Taklimat disampaikan 

oleh Dayang Norefna binti Abdullah dan Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip

Manakala, taklimat ini telah disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja, Unit Perakuan Bahagian Pengambilan dan seterusnya Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip, Pegawai Kerja, Unit Iklan Bahagian Pengambilan.

Seramai 25 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan dari Kementerian Kewangan,  Negeri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan juga Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Jabatan-Jabatan di bawahnya telah hadir bagi taklimat tersebut.

Menurut Yang Mulia Hajah Nor Salwanawati binti Haji Shahbudin daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian kewangan, secara keseluruhannya sistem PSCR ini adalah sangat baik namun adalah tidak dinafikan bahawa berkemungkinan terjadinya beberapa kesulitan apabila internet yang digunapakai kurang berfungsi atau system down. Beliau juga menambah bahawa penerangan dan pemberigaan matlumat kepada Point of Contact (POC) yang telah disampaikan adalah baik dan kesemua isi dapat difahami

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR.

Antara isi kandungan utama taklimat ialah mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh POC semasa membuat approval permohonan secara online serta tatacara mengatasi masalah tersebut.  Dalam pada itu juga, taklimat ini turut menerangkan tatacara permohonan iklan jawatan-jawatan kosong di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi mengukuhkan lagi kriteria pemilihan calon-calon berpandukan skim perkhidmatan dan bidang tugas sesuatu jawatan tersebut.

Taklimat ini kemudiannya berakhir dengan sesi soal jawab dan konsultasi bersama unit–unit di bawah Bahagian Pengambilan.


gambar 2.jpg

Pegawai Penghubung yang hadir mendengarkan taklimat tersebut

gambar 3.jpg

Wakil-wakil semasa sesi konsultasi


Attachments