Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
16.08.17 - Taklimat POC KE 3

TAKLIMAT BERSAMA PEGAWAI PENGHUBUNG (PoC) – Kali Ketiga

Oleh:Wardah Binti Haji Ibrahim

poc-k-3.jpg

Ucapan alu-aluan daripada Pemangku Penolong Kanan Setiausaha

Rabu, 16 Ogos — Bahagian Pengambilan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengadakan taklimat iaitu sesi Taklimat Pemberigaan bagi PoC pada hari ini yang berlangsung di Dewan Ujian, Tingkat 2, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR.

Taklimat hari ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Penolong Kanan Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

poc-k-3(1).jpg

Sesi konsultasi bersama Pegawai-Pegawai di Bahagian Pengambilan

Seterusnya, taklimat pertama disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja Unit Perakuan, beliau menyentuh tentang pemberigaan maklumat kepada POC iaitu masalah yang sering dialami oleh POC semasa membuat approval permohonan secara online serta tatacara mengatasi masalah tersebut.

Manakala, taklimat kedua telah disampaikan oleh Dayang Amal Hazirah binti Talip, Pegawai Kerja Unit Iklan, beliau menerangkan tatacara permohonan iklan jawatan-jawatan kosong di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi memperkukuhkan lagi kriteria pemilihan calon-calon berpandukan skim perkhidmatan dan bidang tugas sesuatu jawatan tersebut.

Seramai 30 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Jabatan-Jabatan di bawahnya iaitu dari Jabatan Daerah Brunei Muara, Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Daerah Belait, Jabatan Daerah Temburong, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jabatan Bandaran Tutong, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara dan akhir sekali Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan telah hadir bagi taklimat tersebut.

Di akhir majlis taklimat ini juga  telah diadakan sesi konsultasi bersama Unit-unit di bawah kawalan Bahagian Pengambilan iaitu dari Unit Iklan, Unit Perakuan atau shortlisting, Unit Penilaian yang merangkumi proses ujian dan proses temu duga dan akhir sekali dari Unit Kertas Kerja yang menyentuh mengenai proses pengambilan Gaji Hari ke Gaji Bulan.

Attachments