Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
02.08.17 - Taklimat POC KE-2

TAKLIMAT PEMBERIGAAN BAGI POC – KALI KEDUA

Oleh: Wardah Binti Haji Ibrahim

poc.jpg

Taklimat disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah dan Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip

Rabu, 2 Ogos – Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam melalui Bahagian Pengambilan hari ini telah mengadakan Taklimat Pemberigaan PoC di Dewan Ujian, Tingkat II, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Majlis telah dimulai dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Suhaibul bin Haji Ahmad dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Penolong Setiausaha, Dayang Hajah Maimunah binti Seruji.

Manakala, taklimat ini telah disampaikan oleh Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja, Unit Perakuan Bahagian Pengambilan dan seterusnya Dayang Amal Hazirah binti Haji Talip, Pegawai Kerja, Unit Iklan Bahagian Pengambilan.

poc(1).jpg

Pegawai penghubung atau Point of Contact yang turut hadir semasa taklimat.

Seramai 30 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah hadir bagi sesi pagi  taklimat tersebut manakala seramai 20 orang pegawai penghubung serta pengendali proses pengambilan dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan dan dari Jabatan Politeknik Brunei telah hadir bagi sesi petang.

Manakala, Dayang Erma Hidayati binti Haji Ibrahim daripada Kementerian Pembangunan menyatakan bahawa proses penggunaan POC ini walaupun ada sedikit kesulitan namun tidak dinafikan juga mempunyai faedah dan manfaatnya tersendiri. Ia juga menyenangkan dan memudahkan urusan mereka yang berkenaan.

Manakala, Dayang Ernaliza Binti Kasali, Sistem POC merupakan satu sistem yang amat baik di mana ia secara tidak langsung membantu dalam menjimatkan masa dan tenaga. Taklimat berkenaan POC ini juga menurut beliau adalah suatu usaha yang memberangsangkan. Ini kerana dengan membaca maklumat yang diberikan melalui brosur dan risalah adalah kurang memadai dan jelas.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut kepada Pegawai Penghubung atau Point of Contact (PoC) yang telah dilantik oleh Kementerian dan Jabatan masing-masing serta menjelaskan mengenai tatacara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menerima permohonan dan menghadapkan sokongan kebenaran Ketua Jabatan menggunakan sistem PSCR.

Antara isi kandungan taklimat tersebut ialah Pengenalan, Proses Shortlisting, Pengendalian Aduan Dan Pertanyaan, Proses Pengiklanan dan Proses Penilaian Calon.

Di akhir majlis ini telah diadakan sesi konsultasi bersama Unit-unit di bawah kawalan Bahagian Pengambilan.

Attachments