Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
02.11.15 SPA perkenalkan kaedah Ujian Psikometrik




Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah memperkenalkan kaedah baru ujian penilaian bagi jawatan-jawatan dalam Bahagian II dan ke atas dengan menggunakan kaedah Ujian Psikometrik atau ujian secara ‘online’.

Ujian Psikometrik adalah satu kaedah standard dan saintifik bagi mengukur keupayaan mental dan gaya tingkah laku serta kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperolehi/dipelajari seseorang individu dari segi minat, sikap, personaliti, kecenderungan, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Kaedah ini digunakan secara meluas dalam sistem pengambilan tenaga kerja baru di negara-negara lain.

Pegawai Kerja di Bahagian Pengambilan Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Awang Syahmi Halimshah dalam temu bual bersama pihak media menjelaskan bahawa Pejabat Suruhanjaya melangkah setapak lagi ke hadapan dengan mengadakan ujian secara ‘online’.

Kaedah tersebut, jelasnya, digunakan untuk menguji keupayaan calon-calon dari segi mental, kebolehan menyelesaikan masalah  soalan-soalan yang diberikan.

Menurutnya, Ujian Psikometrik mempunyai tiga komponen iaitu Ujian Verbal Reasoning Test, Ujian Numerical Reasoning dan Ujian Inductive Reasoning.

Ketiga-tiga ujian ini, tambahnya, merupakan komponen penting dalam menilai kebolehan calon tersebut, dan merupakan kaedah standard yang digunakan secara meluas oleh negara-negara jiran sama ada dalam kemasukan dalam Perkhidmatan Awam, kemasukan dalam universiti dan sebagainya.

Beliau menjelaskan, kaedah ini juga digunakan bagi menilai calon-calon yang layak, dan SPA menggunakan kaedah ini adalah supaya proses pengambilan ke dalam Perkhidmatan Awam itu menjadi lebih cepat dan sekali gus dapat mencari calon-calon yang lebih sesuai dan berkaliber untuk berkhidmat kedalam Perkhidmatan Awam.

Ujian Psikometrik telah mula digunakan di Pejabat SPA pada 25 Mei 2015. Pada mulanya, Ujian Psikometrik dikendalikan secara manual menggunakan format pensel dan kertas dan pada 20 Oktober 2015, ujian tersebut mula menggunakan sistem dalam talian (online).

Ujian tersebut adalah salah satu inisiatif dan usaha berterusan Pejabat SPA dalam memperbaiki sistem pemilihan calon-calon yang layak dan terbaik untuk dipilih bagi mengisikan kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh kementerian/jabatan dan mengurangkan ‘Job Mismatch’.

Dalam pada itu, pelaksanaan kaedah ini akan dapat meningkatkan keberkesanan dan mempercepatkan proses pengisian jawatan-jawatan yang dikendalikan oleh Pejabat Suruhanjaya Awam.

Selain itu, ujian ini juga membantu untuk mencapai objektif pelaksanaan Sistem PSC Recruitment iaitu sistem pengambilan dalam talian yang telah dilaksanakan sejak 4 Mac 2015 dan melalui kaedah ini markah calon-calon yang menduduki ujian dengan mudah dimuat naik ke dalam sistem PSC Recruitment bagi proses pengisian selanjutnya.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments