Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
23.06.15 e-klinik diadakan bagi tingkatkan penggunaan e-Darussalam




Bagi meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan portal rasmi e-Darussalam khususnya portal permohonan kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu Sistem PSC Recruitment, e-klinik telah diadakan bagi pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Kementerian Pendidikan.

Lebih 300 pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan menghadiri klinik yang berlangsung di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan di mana mereka diperkenalkan mengenai e-Darussalam.

Portal e-Darussalam mengumpulkan maklumat dan menyatukan kesemua perkhidmatan dalam kerajaan, maklumat, statistik, kalendar dan acara-acara yang dijalankan.

Selain itu, ia juga mampu mengakses kesemua perkhidmatan termasuk sistem membaharui lesen memandu, lesen kenderaan, pembayaran bil elektrik, status penggunaan meter elektrik dan aplikasi lesen perniagaan.

Klinik ini bertujuan untuk membantu para peserta cara-cara pendaftaran dan mengaktifkan akaun e-Darussalam, mengimbas dan memuat naik sijil serta dokumen bagi kegunaan Sistem PSC Recruitment, selain menyelesaikan masalah yang dihadapi pengguna akaun e-Darussalam dan Sistem PSC Recruitment.

Portal e-Darussalam boleh dilayari di alamat www.gov.bn atau dihubungi melalui talian Darussalam 123 atau menghantar e-mel ke info@123.com.bn.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

​​

Attachments