Iklan Jawatan-Jawatan Kosong
Jawatan-jawatan kosong yang diiklankan adalah menurut Penggal A  Peraturan-Peraturan (Lantikan-Lantikan dan Kenaikan-Kenaikan Pangkat) pegawai-pegawai Kerajaan, 1961 seperti berikut:-

Iklan Bab 7(a)
Pemohon adalah terbuka kepada orang ramai (rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam termasuk Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kerajaan.

Kebenaran untuk mengiklankan bagi jawatan-jawatan kosong secara bab 7(a) ini adalah dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Iklan ini akan dikeluarkan melalui akhbar rasmi Kerajaan "Pelita Brunei".

  • Iklan Bab 38(a)
    Pemohon Pegawai-Pegawai dan Kakitangan dari Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan (Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara brunei Darussalam) tanpa mempelawa orang ramai.

    Kebenaran untuk mengiklankan jawatan kosong secara bab 38(a) ini adalah dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

    Iklan ini dikeluarkan melalui Surat Pemberitahuan SuruhanjayaPerkhidmatan Awam (SPA) ke semua Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

 

  • Iklan Bab 38(b)
    Pemohon adalah Pegawai dan Kakitangan di Jabatan berkenaan sahaja (Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara brunei Darussalam tanpa mempelawa orang ramai dan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan yang lain.

    Kebenaran untuk mengiklankan bagi jawatan kosong secara bab 38(b) ini adalah dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

    Iklan ini dikeluarkan melalui Surat Pemberitahuan SuruhanjayaPerkhidmatan Awam (SPA) ke Kementerian-Kementerian atau Jabatan berkenaan sahaja.
Banner Utama Laman Web Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam