IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 17 MAC 2010)

BILANGAN IKLAN: 09/03/10 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 

1.

 

PEGAWAI OPERASI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 BILANGAN 1 HINGGA 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

 

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

 

10

 

3.

PEGAWAI PERPUSTAKAAN KANAN (PIRING HITAM DAN PITA)

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

TUKANG KAYU

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1, 465 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

5.

PENOLONG PENAKSIR

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

5

 

6.

 

PELATIH PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2 ($530 - $820 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

1

 

7.

BILAL TINGKAT II

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 Tugas dan Tanggungjawab

16

 

 BILANGAN 7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

 

PEGAWAI OPERASI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. a)       Bagi Tanggagaji B.2 EB.3:
     
    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.
     
    b)       Bagi Tanggagaji B.2:
     
    i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan
              sebanding dalam bidang yang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang 
              bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

     
                                                                                ATAU

    ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7
              tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

     

                                                                               ATAU
     
    iii)      Pernah berkhidmat (pesara) dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam pangkat
             Kapten, atau Polis Diraja Brunei dalam pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP).

     

  2. Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun.
     

  3. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai dengan sejarah dan konsep latihan Outward Bound, prinsip-prinsip latihan pengembaraan, pemeliharaan dan pembetulan kemudahan serta peralatan Outward Bound Brunei Darussalam, Sistem Pengurusan Latihan, Pentadbiran dan Logistik.
     

  4. Calon-calon yang mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang berkayak / berkenu (laut/sungai berjeram), berkemah secara berekspidisi, merentas hutan, abseiling, mendaki batu (rock climbing), mendaki gunung, menjalankan latihan, pengawasan cadaran tali menali (ropes challenge course) serta bidang pendidikan atau kegiatan pembangunan tidak kurang dari 5 tahun adalah keutamaan.
     

  5. Boleh berenang tanpa menggunakan pelampung / jaket keselamatan di kolam renang.
     

  6. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI OPERASI:

  1. Bertanggungjawab atas kepimpinan dan pengurusan kesemua aspek Operasi Outward Bound Brunei Darussalam (termasuk pengawasan seksyen pentadbiran, logistik, latihan dan perubatan).
     

  2. Menguruskan Outward Bound Brunei Darussalam selaras dengan polisi yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pengurusan Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  3. Merancang dan mengarahkan program pemasaran dan perhubungan awam serta kegiatan Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  4. Merancang dan mengawasi program latihan yang berkesan bagi pegawai serta kakitangan Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  5. Mematai dan mengawas taraf operasi taraf operasi bahagian dan seksyen di Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  6. Membuat penilaian prestasi serta merancang program pembangunan pegawai dan kakitangan Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  7. Memasarkan serta merancang strategi promosi bagi kursus Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  8. Mengawasi peruntukan serta perjalanan Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  9. Mengurus serta melaksanakan kegiatan Alumni Outward Bound Brunei Darussalam.
     

  10. Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Pegawai Kanan.

 

<< Atas

 

 

2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik/Elektronic
              /Mekanik atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

     
                                                                                  ATAU
     
    ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau Merinyu Meter Kanan atau
              jawatan sebanding tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta
              mengerjakan salah satu tugas-tugas berikut:-

     
    i.        Penyeliaan kerja mengawasi dan memelihara sistem penghantaran 66KV.
    ii.       Sistem Pembahagian LV dan 11KV, termasuk switching & operation sistem janakuasa elektrik.
    iii.      Sistem pemasangan jentera standby generators.
    iv.      Sistem janakuasa elektrik.
     

  2. Mempunyai sijil kursus yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik merupakan kelebihan.
     

  3. Pengalaman kerja yang luar terbukti dalam kerja-kerja kejuruteraan elektrik/mekanikal atau bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEMBANTU TEKNIK:

  1. Membantu Jurutera dalam kerja-kerja pemeliharaan pembaikan dan rawatan kuasa elektrik.
     

  2. Merancang menyusun dan melaksanakan tambahan pembekalan dan pemeliharaan bekalan letrik mengikut keutamaan.
     

  3. Membuat operasi switching 11 KV dan 66KV apabila diarahkan oleh Jurutera Pengawas.
     

  4. Bertugas sebagai ‘duty officer’ di masa-masa panggilan kecemasan dan menghadiri kerosakan-kerosakan.
     

  5. Mengawasi kakitangan bawahan termasuk pengawasan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor.
     

  6. Pemohon-pemohon yang berjaya mestilah bersedia untuk bertugas di mana-mana Daerah, Bahagian dan Cawangan Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI PERPUSTAKAAN KANAN (PIRING HITAM DAN PITA)

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)        BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding  
              dalam bidang yang bersesuaian.

     
                                                                               
    ATAU
     
    ii)       BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan (ND) dalam bidang bersesuaian serta mempunyai pengalaman
              dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

     
                                                                                ATAU
     
    ii)       Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Pegawai Perpustakaan (Piring Hitam dan Pita)
             atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1
             tidak kurang dari 5 tahun.

     
                                                                                ATAU
     
    iii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang
             dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun.

     

  2. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
     

  3. Mempunyai minat dan mengetahui perkembangan dunia perfileman, rancangan televisyen antarabangsa serta pengalaman tentang teknikaliti pita dan bahan siar adalah kelebihan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERPUSTAKAAN KANAN (PIRING HITAM DAN PITA):

 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengurus Perancangan dan Perolehan bagi penerimaan, pengeluaran, penyimpanan, pemeliharaan, kawalan dan pengawasan Perpustakaan Piring Hitam dan Pita, Jabatan Radio Televisyen Brunei.
     

  2. Membuat indeks dan catalog dengan betul.
     

  3. Bertanggungjawab bagi pembelian bahan siar (cekera padat, pita dan sebagainya) bagi lagu dan muzik keluaran terkini.
     

  4. Memberi pendapat tentang pilihan jenis muzik bagi maksud-maksud rancangan.
     

  5. Penyimpanan dan pembahagian Piring-Piring Hitam dan Pita yang teratur kepada ketiga-tiga jenis Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.
     

  6. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

4.

TUKANG KAYU

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4 ($900 - $1, 465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)        BDTVEC/BTEC Sijil Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Pertukangan Kayu atau bidang yang
              bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

     
                                                                               ATAU
     
    ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak
              kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji Bahagian V tidak kurang dari 8 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG KAYU:

 

Di Radio Televisyen Brunei:

 

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Binaan bagi membuat dan menyediakan alat-alat kelengkapan pemandangan set TV mengikut construction plan.
     

  2. Memperbaiki kelengkapan yang rosak dan bertugas di lokasi-lokasi luar atau studio.
     

  3. Membuka atau merobohkan set-set yang tidak dipakai lagi dan menyimpan barang-barang seperti kayu, plywood atau barang-barang lain untuk kegunaan pembinaan set-set.
     

  4. Memastikan keadaan bengkel bekerja bersih dan selamat.
     

  5. Membuat kerja-kerja berkaitan dengan binaan seperti yang diperlukan dan diarahkan bagi jabatan.
     

  6. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

5.

PENOLONG PENAKSIR

JABATAN TANAH

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. 4 Kepujian / Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     

  2. Mempunyai pengalaman dalam hal ehwal tanah adalah kelebihan. 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENAKSIR:

 

  1. Membuat pemeriksaan dan menyediakan laporan kemajuan tanah dan bangunan bagi tujuan penyediaan taksiran/penilaian harga tanah/bangunan bagi permohonan pengambilan balik tanah, kemudahan pinjaman kerajaan bagi membina rumah, taksiran untuk cukai setem dan cukai pesaka, harga khas tanah (premium).
     

  2. Membantu dalam kerja-kerja penganalisaan harga-harga jual beli, harga dan sewa bangunan dan menyimpan serta mengemaskini rekod taksiran yang telah dibuat.

 

<< Atas

 

 

6.

PELATIH PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

D.1-2 ($530 - $820 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. i)       4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa; atau kelulusan
             sebanding
    .

     
    ATAU
     
    ii)      BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Teknikal; atau kelulusan
             sebanding dalam bidang yang sama
    .

     

    ATAU
     
    iii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang Juruteknik
            Awam / Pembinaan  Bangunan / Mekanikal / Ukur Bahan / Arkitek atau bidang bersesuaian dalam
            tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

     

  2. Pernah mengikuti dan lulus kursus jangka pendek di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal Peringkat Pertama dan Kedua atau kursus pendawaian dan pemasangan yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PELATIH PEMBANTU TEKNIK:

 

  1. Membantu tugas-tugas yang diarahkan oleh Jurutera serta Ketua-Ketua Pembantu Teknik yang meliputi perkara-perkara berikut:-

 

  1. Membuat penyambungan bekalan api letrik ke rumah-rumah dengan dibantusalia oleh Ketua masing-masing.
     

  2. Membaiki kerosakan gangguan bekalan api elektrik ke atas rumah dan Bangunan Kerajaan.
     

  3. Menghantar barang-barang seperti kabel transformer, tiang dan lain-lain ke tempat-tempat projek di keempat-empat daerah.
     

  4. Membuat taksiran pendawaian dan alat-alat elektrik bagi Bangunan-Bangunan Kerajaan.
     

  5. Bertugas siap sedia bila-bila masa dikehendaki, termasuk dipanggil bertugas apabila terdapat sebarang kerosakan dan lain-lain.
     

  6. Menerima arahan daripada Pegawai-Pegawai Kanan dari masa ke semasa.

 << Atas

 

 

7.

BILAL TINGKAT II

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. Lulus Sijil Pelajaran Ugama (SPU).
     
                                                                               ATAU
     
     

  2. i)        Lulus dengan Kepujian 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa termasuk mata
              pelajaran Pengetahuan Agama Islam atau kelulusan sebanding.

     

    ii)       Lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI (Sijil Sekolah Rendah Ugama).
     
                                                                             
    ATAU

     

  3. i)        Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Merbut atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji
              E.2/E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

     
    ii)       Lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI (Sijil Sekolah Rendah Ugama).
     

  4. Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam perkara berikut merupakan keutamaan:-

    i)         Membaca dan menulis Jawi
    ii)        Membaca Al-Quran
    iii)       Menyempurnakan jenazah
    iv)       Membaca tahlil dan membaca doa-doa tertentu
    v)        Menyampaikan azan dan iqamat dengan baik
    vi)       Mengetahui hukum-hukum khasnya dalam perkara-perkara bersuci, sembahyang, zakat dan puasa
    vii)      Berzikir dan berzanji


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BILAL TINGKAT II:

 

  1. Bilal hendaklah menyempurnakan Azan, Iqamah, Takzir dan Tarhim.
     

  2. Bilal boleh juga diaturkan menjadi Imam pada sebarang waktu dan bilal boleh mengambil alih tugas-tugas Imam semasa Imam ada keuzuran.
     

  3. Menjadi pembantu kepada Imam dalam semua urusan berhubung dengan Masjid seperti:-

    a.      Menjaga dan memelihara keselamatan bangunan masjid-masjid.
    b.     Menjaga dan memelihara kebersihan dan kecantikan kawasan masjid.
     

  4. Menyempurnakan jenazah yang berada di dalam mukim masjid tempatnya bertugas seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, membacakan talkin dan bertahlil.
     

  5. Memberikan laporan kepada Majlis Ugama Islam mengenai dengan kegiatan Ugama Islam di Mukim tempatnya bertugas.
     

  6. Menjalankan tugas yang dimandatkan kepadanya seperti kehendak Bab (65) dari Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi 1955.
     

  7. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

TARIKH TUTUP IKLAN BAGI BILANGAN 7:    24 MAC 2010

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 


 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 6

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 7:

 

 

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

UNIT PENGAMBILAN KAKITANGAN,

TINGKAT 3,

BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA,

JALAN MENTERI BESAR, BB3910,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TARIKH TUTUP IKLAN BAGI BILANGAN 7:    24 MAC 2010


<< Atas