IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 21 NOVEMBER 2007)

BILANGAN IKLAN: 44/10/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI BOMBA LAPANGAN TERBANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

1 – 4

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

2.

KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
Tugas Dan Tanggungjawab

 

3

PENOLONG KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900- $1,625 SEBULAN)
Tugas Dan Tanggungjawab

 

4.

PENTERJEMAH

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900- $1,625 SEBULAN)
Tugas Dan Tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI BOMBA LAPANGAN TERBANG

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)      i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Penerbangan Awam atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)      Berumur tidak lebih dari 28 tahun dan mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki 4 inci (1.63 m) dan ukuran dada sekurang-kurangnya 34 inci (86 cm) apabila tidak menarik nafas.

 

ATAU

 

b)      i)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai Kanan Bomba (Senior Fire Officer).

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai Bomba Lapangan Terbang (Airport Fire Officer).

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Melapor diri kepada Penguasa Bomba Lapangan Terbang.

 

2.      Mengetuai Unit-Unit dalam Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang.

 

3.      Bertanggungjawab dalam kesempurnaan dan keberkesanan pengurusan Anggota Bomba di bawah jagaanya.

 

4.      Bertanggungjawab bagi memastikan keperluan-keperluan perkhidmatan perlindungan dan keselamatan kebakaran penerbangan dan bangunan-bangunan di Lapangan Terbang dan Heliport sentiasa mencukupi, terjamin dan terpelihara di tahap yang dikehendaki.

 

5.      Menghadiri dan mengetuai sebarang panggilan kecemasan / kemalangan termasuk perkhidmatan khas dan penyediaan laporan-laporan kejadian / kemalangan.

 

6.      Menyusun dan menyediakan jadual cuti dan penempatan bertugas Anggota Bomba di bawah jagaannya.

 

7.      Menyediakan perangkaan peruntukan tahunan.

 

8.      Membuat penilaian prestasi keatas Bomba dibawah jagaannya.

 

9.      Mengambil alih tugas Penguasa Bomba Lapangan Terbang semasa ketiadaannya.

 

10.   Menjalankan apa juga tugas yang diarahkan oleh Penguasa Bomba Lapangan Terbang dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

2.

KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)                  Kelulusan Private Secretary’s Diploma atau Certificate yang diiktiraf.

 

ATAU

 

b)      BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Secrectarial Studies yang dikeluarkan oleh Maktab Teknik Saiful Rijal dan lulus trengkas dengan kepantasan sekurang-kurangnya 100 p.s.m dan menaip dengan kepantasan 45 p.s.m

 

ATAU

 

c)       i)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Kerani Sulit tidak kurang dari 3 tahun atau jawatan bersesuaian dalam Bahagian IV tidak kurang dari 5 tahun;DAN

 

ii)      Mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 – 100 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 45 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

 

d)                 Boleh mencatat trengkas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Urusetia dalam tugas-tugas kerahsiaan dalam perlaksanaan dokumen/persuratan dan fail bertaraf ‘sulit’ (termasuk penyediaan dan penyimpanan persuratan, dokumen dan fail).

 

2.      Menerima persuratan bertaraf sulit/terhad/rahsia dan mengklasifikasikan tindakan seterusnya menurut taraf tertentu.

 

3.      Mengatur/menyusun jadual mesyuarat dan perjumpaan bagi pihak Ketua.

 

 

 

<< Atas

 

 

3.

PENOLONG KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900- $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)      BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Secretarial Studies yang dikeluarkan oleh Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.

 

ATAU

 

b)      i)    4 Kepujian / Kredit  mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah keutamaan;

 

DAN

 

ii)      Mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 40 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

 

ATAU

 

c)       i)    1 Kepujian / Kredit  mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding;DAN

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam Bahagian IV tidak kurang dari 3 tahun; DAN

 

iii)    Mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 40 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

 

d)     Boleh mencatat trengkas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KERANI SULIT:

 

1.       Urusetia dalam tugas-tugas kerahsiaan dalam perlaksanaan dokumen/persuratan dan fail bertaraf ‘sulit’ (termasuk penyediaan dan penyimpanan persuratan, dokumen dan fail).

 

2.      Menerima persuratan bertaraf sulit/terhad/rahsia dan mengklasifikasikan tindakan seterusnya menurut taraf tertentu.

 

3.      Mengatur/menyusun jadual mesyuarat dan perjumpaan bagi pihak Ketua.

 

<< Atas

 

 

4.

PENTERJEMAH

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900- $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

a)     i)   BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dalam bidang yang berkaitan.

 

b)     Calon-calon yang mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam bidang penterjemahan termasuk mempunyai pengetahuan membaca dan menulis Jawi adalah kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA:

 

1.       Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan.

 

2.      Membuat kerja-kerja terjemahan yang diaturkan oleh Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan.

 

3.      Melaksanakan kerja-kerja yang ada kaitan dengan penerbitan buku.

 

4.      Mendokumentasikan artikel/majalah/akhbar sebagai salah satu tugas tambahan.

 

5.      Menyumbangkan penulisan kreatif atau non-kreatif untuk majalah/jurnal terbitan jabatan.

 

6.      Lain-lain tugas yang diaturkan oleh Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan dari masa ke semasa.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI JABATAN PELABUHAN:

 

1.       Menterjemah dokumen-dokumen dan artikel-artikel serta membuat report yang diarahkan oleh Pengarah Pelabuhan.

 

2.      Membuat kerja-kerja Kerani Sulit.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI RADIO TELEVISYEN BRUNEI:

 

1.       Penterjemah di Bahagaian Berita, Hal Ehwal Semasa dan Sukan, Radio Televisyen Brunei akan ditugaskan menyediakan skrip-skrip berita radio dan televisyen dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Inggeris secara bergilir-gilir.  Ini termasuklah menterjemah dan menyunting skrip-skrip berita.

 

2.      Penterjemah di Bahagaian Berita, Hal Ehwal Semasa dan Sukan, Radio Televisyen Brunei juga di kehendaki membantu menerbitkan rancangan-rancangan hal ehwal semasa.

 

3.      Penterjemah di Bahagaian Berita, Hal Ehwal Semasa dan Sukan, Radio Televisyen Brunei juga dikehendaki membantu membuat arahan penyampaian berita televisyen di studio secara langsung.

 

4.      Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Bagagian atau Ketua Seksyen dari masa kesemasa.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 DI PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM:

 

1.       Membuat kerja-kerja terjemahan yang diaturkan oleh Ketua Bahagian masing-masing.

 

2.      Membantu bagi melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Pentadbiran dan Kewangan.

 

3.      Lain-lain tugas yang diaturkan olh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

1 HINGGA 4:

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)