IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP 20 SEPTEMBER 2006)

BILANGAN IKLAN:  35/08/06 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

PT1

PEGAWAI PROJEK

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

PT1 - PT4

&

CARA PERMOHONAN

 

PT2

KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

PT3

PENOLONG KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

PT4

PELUKIS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

LK5

PEGAWAI BOMBA LAPANGAN TERBANG

 DI JABATAN PENERBANGAN AWAM

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

LK5 – LK6

&

CARA PERMOHONAN

 

   LK6

PEGAWAI BALAI

JABATAN PENERBANGAN AWAM

P.6 ($1,105 - $1,825 SEBULAN)

 

LK7

PENYELIA UJIAN MEMANDU

DI JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

LK7

&

CARA PERMOHONAN

 

LK8

PELUKIS GAMBARRAJAH UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN

DI JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

D.4 EB.5-6  ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

LK8

&

CARA PERMOHONAN

 

LK9

AHLI BOMBA PELATIH LELAKI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

LK9

&

CARA PERMOHONAN

 

 << Atas                                                                           

 

                                      

<< Kembali Ke Arkib                                                                           

 

 

 

PT1.

PEGAWAI PROJEK

UNIT PETROLEUM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

               ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B2 EB3:           

 

a)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan khusus dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering) / Kejuruteraan Proses (Process Engineering) / Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical Engineering).

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas dan mempunyai pengalaman yang berkaitan merupakan kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM: BAGI TANGGAGAJI B.2:      

 

b)     i)    BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering) / Kejuruteraan Proses (Process Engineering) / Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical Engineering) serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Projek Tingkat I dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mengenalpasti/menyediakan laporan kesesuaian mengenai pembangunan industri hiliran minyak dan gas.

 

2.      Menilai cadangan-cadangan pembangunan industri hiliran yang diterima dari pihak ketiga dan seterusnya menyediakan laporan dan cadangan-cadangan mengenainya.

 

3.      Mengumpulkan data dan maklumat yang berkaitan dengan industri hiliran minyak dan gas bagi kegunaan penyelidikan.

 

4.      Melaksanakan tugas diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

PT2.

 

KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Kelulusan Private Secretary’s Diploma atau Certificate yang diiktiraf.

 

ATAU

 

b)     BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Secrectarial Studies yang dikeluarkan oleh Maktab Teknik Saiful Rijal dan lulus trengkas dengan kepantasan sekurang-kurangnya 100 p.s.m dan menaip dengan kepantasan 45 p.s.m

 

ATAU

 

c)      i)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Kerani Sulit tidak kurang dari 3 tahun atau jawatan bersesuaian dalam Bahagian IV tidak kurang dari 5 tahun;DAN

 

ii)      Mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 – 100 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 45 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

 

d)     Boleh mencatat trengkas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Urusetia dalam tugas-tugas kerahsiaan dalam perlaksanaan dokumen/persuratan dan fail bertaraf ‘sulit’ (termasuk penyediaan dan penyimpanan persuratan, dokumen dan fail).

 

2.      Menerima persuratan bertaraf sulit/terhad/rahsia dan mengklasifikasikan tindakan seterusnya menurut taraf tertentu.

 

3.      Mengatur/menyusun jadual mesyuarat dan perjumpaan bagi pihak Ketua.

 

<< Atas

 

 

PT3.

 

PENOLONG KERANI SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Secretarial Studies yang dikeluarkan oleh Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.

 

ATAU

 

b)     i)    Lulus dengan Kepujian 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah keutamaan;

DAN

 

ii)      Mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 40 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

 

ATAU

 

c)      i)    Lulus dengan Kepujian 1 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding;DAN

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Bahagian IV tidak kurang dari 3 tahun; DAN

 

iii)    Mempunyai Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 40 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

 

d)     Boleh mencatat trengkas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Urusetia dalam tugas-tugas kerahsiaan dalam perlaksanaan dokumen/persuratan dan fail bertaraf ‘sulit’ (termasuk penyediaan dan penyimpanan persuratan, dokumen dan fail).

 

2.      Menerima persuratan bertaraf sulit/terhad/rahsia dan mengklasifikasikan tindakan seterusnya menurut taraf tertentu.

 

3.      Mengatur/menyusun jadual mesyuarat dan perjumpaan bagi pihak Ketua.

 

<< Atas

 

 

PT4.

 

PELUKIS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan sebanding  dalam bidang Seni Lukis / Rekabentuk.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pelukis dalam tanggagaji D3  tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Pernah bekerja sebagai Pelukis sambilan di Dewan Bahasa dan Pustaka atau pernah bekerja sebagai Pelukis/Pereka Bentuk di biro-biro penerbitan swasta tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)     Berpengalaman dan dapat menunjukkan kerja-kerja hasil sendiri dalam kerja-kerja seni grafik dan ilustrasi buku dan majalah merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Menyediakan lukisan untuk bahan penerbitan seperti kulit luar, ilustrasi, susun atur, isi dalam dan lain-lain.

 

2.      Melukis ilustrasi yang berkreatif dan tidak berkreatif untuk buku dan lain-lain.

 

3.      Membuat lukisan penyudah [Final Artworks] untuk kulit luar dan lain-lain.

 

4.      Menempel [paste-up] untuk muka surat bagi kerja-kerja yang kreatif dan membuat reka bentuk [lay-out].

 

5.      Memproses dan membuat penghasilan rekabentuk grafik [graphic production] dan memelihara peralatan.

 

<< Atas

 

 

LK5.

 

PEGAWAI BOMBA LAPANGAN TERBANG

 DI JABATAN PENERBANGAN AWAM

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Penerbangan Awam atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai Kanan Bomba (Senior Fire Officer).

 

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai Bomba Lapangan Terbang (Airport Fire Officer).

 

b)     Berumur tidak lebih dari 28 tahun dan mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki 4 inci (1.63 m) dan ukuran dada sekurang-kurangnya 34 inci (86 cm) apabila tidak menarik nafas.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Melapor diri kepada Penguasa Bomba Lapangan Terbang.

 

2.      Mengetuai Unit-Unit dalam Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang.

 

3.      Bertanggungjawab dalam kesempurnaan dan keberkesanan pengurusan Anggota Bomba di bawah jagaanya.

 

4.      Bertanggungjawab bagi memastikan keperluan-keperluan perkhidmatan perlindungan dan keselamatan kebakaran penerbangan dan bangunan-bangunan di Lapangan Terbang dan Heliport sentiada mencukupi, tejamin dan terpelihara di tahap yang dikehendaki.

 

5.      Menghadiri dan mengetuai sebarang panggilan kecemasan / kemalangan termasuk perkhidmatan khas dan penyediaan laporan-laporan kejadian / kemalangan.

 

<< Atas

 

 

LK6.

 

PEGAWAI BALAI

JABATAN PENERBANGAN AWAM

P.6 ($1,105 - $1,825 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Timbalan Pegawai Balai dalam tanggagaji P4 EB5 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai Bomba Lapangan Terbang (Airport Fire Officer).

 

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Timbalan Pegawai Balai dalam tanggagaji P4 EB5 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai Rendah Bomba (Junior Fire Officer).

 

b)     Mempunyai Sijil IFE Premilinary merupakan kelebihan.

 

c)      Berumur tidak lebih dari 28 tahun dan mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki 4 inci (1.63 m) dan ukuran dada sekurang-kurangnya 34 inci (86 cm) apabila tidak menarik nafas.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Melapor diri kepada Penguasa Bomba Lapangan Terbang.

 

2.      Bertanggungjawab ke atas anggota bomba di bawah jagaanya dan membantu Ketua Unitnya dalam mengawasi kesempurnaan dan keberkesanan perkhimatan perlindungan dan keselamatan kebakaran penerbangan dan bangunan-bangunan di Lapangan Terbang dan Heliport sepanjang 24 jam.

 

3.      Menghadiri dan mengetahui sebarang panggilan kecemasan / kemalangan termasuk perkhidmatyan khas.

 

4.      Membantu Ketua Unitnya dalam menyediakan jadual serta laporan bagi latihan-latihan dan kawad-kawad.

 

5.      Menyusun dan menyediakan jadual serta laporan bagi latihan-latihan dan kawad-kawad.

 

6.      Mempastikan penjagaan, pemeliharaan dan pengendalian perkakas atau kelengkapan menyelamat dan melawan kebakaran sentiasa ditahap yang baik dan sempurna.

 

7.      Mengambil alih tugas Pegawai Bomba Lapangan Terbang semasa ketiadaanya.

 

8.      Menjalankan apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Unitnya dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

LK7.

 

PENYELIA UJIAN MEMANDU

DI JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)   i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat sebagai Penolong Penyelia Ujian Memandu dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)      Mempunyai pengetahuan yang luas mengenai undang-undang dan peraturan-peraturan lalu lintas jalanraya.

 

c)      Mempunyai sekurang-kurangnya lesen memandu kelas 1,3 dan 5 yang sah.

 

d)      Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Menyediakan soalan-soalan ujian memandu.

 

2.      Memeriksa kertas-kertas jawapan ujian memandu dan seterusnya meneliti keputusan-keputusan ujian memandu jalanraya.

 

3.      Menyediakan jadual-jadual bagi ujian-ujian memandu.

 

4.      Mengawasi pengendalian sistem pelajaran di sekolah-sekolah memandu.

 

5.      Menyediakan skim perancangan serta program yang berkaitan dengan aspek-aspek pendidikan dan perancangan yang melibatkan pengajar-pengajar dan pelajar-pelajar memandu.

 

<< Atas

 

 

LK8.

 

PELUKIS GAMBARRAJAH UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN

DI JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

D.4 EB.5-6  ($1,225 - $1,785 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang lukisan atau dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan  pendidikan kesihatan, terutama sekali dari segi penyediaan dan penghasilan bahan pendidikan kesihatan dalam tanggagaji D3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)     Mempunyai kebolehan dan kecenderungan seperti berikut:-

i.        Kebolehan artistik yang terbukti

ii.      Mempunyai daya fikiran yang kreatif

iii.    Dapat bekerja tanpa pengawasan

iv.     Boleh menghasilkan carta aliran bersifat skematik dan lukisan-lukisan yang mudah dengan menggunakan komputer

v.       Mempunyai kemahiran dalam pengendalian komputer/multimedia dan pengalaman dalam bidang komputer grafik atau ilustrasi

 

c)      Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Akan ditugaskan di bawah arahan Ketua Bahagian Promosi dan Pendidikan Kesihatan dan Pegawai Pendidikan Kesihatan dari masa ke semasa akan mengehendaki menyediakan lukisan-lukisan skesta atau rekabentuk bahan multimedia untuk poster, risalah, transparencies, spanduk kesihatan, flannelgraph dan bahan pendidikan kesihatan yang lain.

 

2.      Mempunyai pengetahuan yang baik tentang bahan-bahan yang akan digunakan untuk kerja-kerja dan bertanggungjawab bagi mempastikan barang-barang mencukupi.

 

3.      Membantu dalam mengendalikan pameran-pameran kesihatan bila diperlukan.

 

4.      Membantu di Bahagian atau Unit lain dalam tugas-tugas promosi dan pendidikan kesihatan.

 

<< Atas

 

 

LK9.

 

AHLI BOMBA PELATIH LELAKI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

 

TANGGAGAJI:

 

Mulai dari $500 sebulan dan selepas berkhidmat selama 6 bulan dengan memuaskan, calon-calon yang dipilih akan dinaikkan pangkat menjadi Ahli Bomba Kelas II dengan gaji $605 sebulan dalam sukatan gaji P.1 EB.2 ($605 - $885 sebulan). Tambahan elaun ‘P’ sebanyak $100 sebulan, kurnia elaun khas sebanyak $100 sebulan dan elaun sara hidup sebanyak $140.

 

 

KELAYAKAN AKADEMIK:      

 

c)      Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

KELAYAKAN FIZIKAL:           

 

a)     Umur         :           Diantara 18 tahun hingga 28 tahun

 

b)     Tinggi       :           Sekurang-kurangnya 5’4” (1.63m)

 

c)      Dada        :           Sekurang-kurangnya 34” (86sm) apabila tidak menarik nafas

(biasa)

 

d)     Pemohon-pemohon hendaklah tidak memakai kaca mata.

 

e)     Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/6 tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens) dan boleh membaca dekat J.I/N.5 .  Tidak buta warna (colour blind).

 

f)        Pendengaran biasa dan tidak cacat.

 

g)     Pemohon hendaklah mempunyai badan yang sihat dan mendapat kelulusan pemeriksaan yang dibuat oleh Pengarah Perubatan dan Kesihatan Kerajaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Calon-calon yang berjaya apabila dicalonkan adalah dikehendaki menjalankan tugas dimana-mana Balai Bomba dan Penyelamat di Negara ini.

 

UJIAN:

 

Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian Bertulis dan Ujian Praktikal yang akan dimaklumkan kemudian.  Mereka yang gagal dalam ujian tersebut tidak akan disokong.

 

 

TARIKH PENGAMBILAN:

 

Tarikh pengambilan bagi jawatan di atas akan diadakan pada 11, 12, 13 dan 14 September 2006 (selama 4 hari) bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam.  Masa Pengambilan bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (semasa waktu bekerja).

 

CARA-CARA MEMOHON:

 

Seseorang Pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan yang lengkap sebelum tarikh tutup.

 

Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan dan Sijil-Sijil Asal Persekolahan pada tarikh-tarikh Pengambilan.  Borang-borang permohonan SPA1 boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan 2 keping gambar terbaru ukuran Passport.  Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan salinan Surat-Surat Akuan Sijil kepada Pegawai-Pegawai yang bertugas semasa tarikh-tarikh pengambilan tersebut.

 

Tarikh tutup permohonan : 14 September 2006 jam / 4.00 petang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN PT1 HINGGA PT4 :

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK5 & LK6:

 

 

PENGARAH PENERBANGAN AWAM

BAHAGIAN PENTADBIRAN TINGKAT 4

IBU PEJABAT PENERBANGAN AWAM

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BERAKAS BB2513

NEARGA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

 TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK7:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

IBU PEJABAT JABATAN PENGANGKUTAN DARAT

TINGKAT 4, BAHAGIAN PENTADBIRAN

 JALAN GADONG BE1110

NEARGA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK8:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KESIHATAN, TINGKAT I

COMMONWEALTH DRIVE, JALAN MENTERI BESAR

BANDAR SERI BEGAWAN, BS3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK9:

 

 

 

DEWAN SERBAGUNA, IBU PEJABAT BOMBA DAN PENYELAMAT, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 

 

Tarikh  Pengambilan : 11, 12, 13 dan 14 September 2006 (selama 4 hari)

 

Jam: 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 4.00 petang (semasa waktu bekerja).

 

Tarikh tutup permohonan : 14 September 2006 jam / 4.00 petang